My FotoPage?
Click here click there
By: belanga laa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Sunday, 18-Feb-2007 17:30 Email | Share | | Bookmark
Pusat Pertukangan Kapal Tradisional

 
 
 
View all 5 photos...
aku pun tak tau apa nama formal tempat ni. ni adalah satu-satunya tempat pertukangan kapal layar secara tradisional. terletak di pulau duyung, tempat pertukangan ini diusahakan oleh haji lah. kat malaysia memang tak glamour pokcik ni. tapi kat peringkat antarabangsa, beratur orang nak beli kapal buatan dia ni. masa tu ada sebuah kapal je yang dalam proses. tak tau la baru buat atau tengah baiki. gambar yang last tu la asal usul sebuah kapal.


Sunday, 18-Feb-2007 15:30 Email | Share | | Bookmark
Pantai Batu Burok

 
 
 
ni pantai batu burok. terletak di kawasan kuala terengganu. merupakan kawasan pantai yang paling popular di terengganu. kenapa? tak percaya ke? populariti tu diukur dari bilangan orang yang datang la kan. memang la pantai tu takde apa pun. tapi orang datang berehat kat situ. cuba tengok tu. orang datang main layang-layang. itu kira aktiviti utama kat sini. nak mandi laut tak berapa waras sangat la.


Sunday, 18-Feb-2007 13:50 Email | Share | | Bookmark
Kompleks Muzium Negeri Terengganu

 
 
 
View all 6 photos...
ni adalah kompleks muzium negeri terengganu. terletak di kawasan losong. kira nak dekat jalan mati gak (agaknya la). tempat ni dikatakan sebagai kompleks muzium yang terbesar di malaysia. memang ye pun. besar sungguh muzium ni. dia punya ukiran pada bangunan tu cantik. nampak macam ukiran tapi sebenarnya simen. oleh sebab dia besar, terasa kosong la. bahan tak banyak sangat. bangunan utama tu pun masih ada yang dalam proses. lepas tu kalau hari yang tak ramai orang rasa macam ngeri gak sikit. lagi satu, semuanya kena jalan kaki dan naik turun tangga. penat woo. jangan memain. lagi dua, kat dalam tak boleh ambik gambar. itu pasal la gambar ni semua sama aje.


Sunday, 18-Feb-2007 11:00 Email | Share | | Bookmark
Kota Lama Duyung

 
 
 
View all 4 photos...
ini kota lama duyung, kat mana? kota ni terletak di bagan lalang. chait! kat mana lagi? kat pulau duyung la. pulau duyung pulak kat kuala terengganu. aku tak tau apa cerita pasal kota lama ni. nampaknya macam dah dibaikpulih. walaupun rumah kayu lama, tapi ada meter elektrik. pintu pagarnya pun nampak berkunci. jadi aku ambik gambar aje la.


Friday, 16-Feb-2007 16:34 Email | Share | | Bookmark
Jeti Pendaratan Ikan, Tok Bali

 
 
 
View all 6 photos...
ini jeti tok bali. kalau dari bachok, selepas jambatan "tinggi". kalau dari besut pulak, sebelum jambatan. ni kali pertama aku tengok tempat pendaratan ikan secara 'live'. apa nak buat. orang bandar la katakan. tempat ni tak besar sangat. well, aku tak boleh nak buat perbandingan la kan. bukannya aku pernah sampai kat tempat lain. tempat ni agak sibuk jugak. kalau tak tempat ikan mendarat macam ni, mesti la harga ikan murah ye tak? tapi, mengikut mak mertua aku, harga dia tak beza banyak sangat. lebih banyak ikan tu yang dibawa oleh peraih dari yang dijual.


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net